300-135 400-051 101 adm-201 1z0-808 CCA-500 1v0-621 mb2-707 70-980 70-483 2v0-621 nse4 1z0-434 9l0-012 101-400 300-085 og0-093 1z0-061 70-488 1z0-062 mb5-705 102-400 PEGACPBA71V1 70-463 mb2-704 PR000041 IIA-CIA-PART1 700-037 PEGACSA71V1 1z0-144 2v0-621d 1z0-051 070-461 a00-211 jn0-102 1z0-804 640-875 API-580 3002 400-151 98-365 712-50 9l0-066 ns0-506 156-215.77 70-466 lx0-104 9a0-385 642-980 og0-091 74-678 700-260 70-494 c_tfin52_66 lx0-103 m70-101 pmi-001 DEV-401 1z0-067 1K0-001 220-801 TB0-123 700-038 IIA-CIA-PART2 cwna-106 070-487 hp0-y50 070-483 mb2-708 C2010-595 1z0-883 c_tadm51_731 pk0-003 700-039 jn0-633 98-364 300-080 74-343 1z0-133 70-465 c_tscm62_66 PRINCE2-PRACTITIONER mb6-704 1v0-605 API-571 500-007 and-401 c_taw12_731 AX0-100 070-463 70-981 1z0-052 070-488 c_hanatec_10 010-111 mb6-700 700-270 600-455 600-460 1z0-533 Panduan & Cara Mengisi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Dengan Betul

logoheader2

(Panduan) Cara Mengisi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Dengan Betul

SHARE!

[su_row][su_column size=”2/3″]

Daftar Kerja Kerajaan

Seperti yang kita ketahui, untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Bagi calon yang belum memiliki akaun SPA, calon hendaklah mendaftar terlebih dahulu, sila semak cara-cara pertama kali mendaftar dengan SPA. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja.

Langkah 1 – Log Masuk Akaun


1. Login/Log masuk ke akaun anda. Anda boleh gunakan mana-mana link dibawah untuk login.

2. Pastikan calon masukkan MyID dan Kata Laluan dengan betul.

Langkah 2 – Maklumat Pemohon

1. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses Daftar Akaun Baru.
2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
3. Untuk makluman, Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu terdapat beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan maklumat Ketinggian.
4. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.

Langkah 3 – Maklumat Akademik

1. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

2. Isikan segala maklumat akademik calon seperti yang diminta

  • PMR/SRP/LCE
  • SPM/MCE/SPM(V)
  • Peperiksaan Tambahan
  • STPM/STP/HSC
  • STAM
  • Pengajian Tinggi
  • Professional/Iktisas – Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan iktisas yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

3. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Langkah 4 – Maklumat Ko-Kurikulum

1. Klik pada pautan Sukan / Persatuan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

2. Sila pilih sukan yang disertai pada ruangan Sukan dan pilih juga peringkat penyertaan pada ruangan Peringkat.
3. Sila isikan Nama Persatuan / Kepimpinan yang disertai pada ruangan Nama Persatuan dan pilih jawatan yang disandang serta peringkat penyertaan pada ruangan Jawatan dan Peringkat.
4. Klik butang “+ Tambah” jika ingin menambah aktiviti sukan atau persatuan.
5. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat sukan dan persatuan lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat sukan dan persatuan yang telah dimasukkan.

Langkah 5 – Pegawai Sedang Berkhidmat

1. Menu ini akan dipaparkan jika pemohon memilih “YA” pada soalan “Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis?”. Soalan tersebut terdapat pada skrin Maklumat Pemohon.
• Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga.

2. Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Pengalaman Bekerja di Sektor Awam” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
4. Jika pemohon menduduki lebih daripada satu (1) Peperiksaan KPSL, tekan butang “+ Tambah” untuk menambah ruang yang berkenaan.
5. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Langkah 6 – Maklumat Tambahan

1. Klik pada pautan Maklumat Tambahan. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

  • Bakat / Kebolehan Bahasa – Ruang Bakat hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Bakat dan Seni.
  • Bekas Tentera / Polis – Ruang ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang terdiri daripada bekas tentera atau bekas polis.
  • Penerima Bantuan / Kurang Upaya – Ruang Penerima Bantuan hanya perlu diisi sekiranya ibu / bapa / pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat. Ruang Kurang Upaya pula adalah untuk diisi oleh pemohon yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja.
  • Tiada Maklumat Tambahan – Klik butang “Tiada Maklumat Tambahan” jika pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan.

Langkah 7 – Jawatan Dipohon

1. Klik pada menu JAWATAN DIPOHON, sub-menu “Jawatan SPA” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” seperti berikut akan dipaparkan:
2. Dimaklumkan bahawa jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon. Oleh itu, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
3. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.
4. Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<.
5. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
6. Tandakan juga Sesi Temuduga Pilihan.
7. Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
8. Klik pada sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Polis Di Raja Malaysia atau Agensi-agensi Kerajaan yang lain.
9. Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
10. Pemohon hanya boleh memohon 15 jawatan sahaja dalam satu-satu masa.
11. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Langkah 8 – Pengakuan Pemohon

1. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
2. Sila pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
3. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
4. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.
5. Slip Akuan Pendaftaran seperti rajah di bawah akan dipaparkan untuk memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.

6. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

Langkah 9 – Semakan Permohonan

1. Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan
senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) 33 menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
5. Pemohon boleh mengemaskini SPA8i dan menyemak status permohonan pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam.

*Selamat memohon dan semoga berjaya diucapkan kepada semua calon dan pemohon. Diharap panduan ini dapat membantu anda dalam mengisi borang SPA8

**Kongsikan Panduan Mengisi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Dengan Betul ke kepada rakan Facebook anda. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.


[/su_column][su_column size=”1/3″]
spa
Baca Juga:
1. Panduan Mengisi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Dengan Betul

2. Info SPA 2015: Calon Dikehendaki Kemaskini Borang Permohonan Sebelum 30 November 2015

[/su_column]
[/su_row]

SHARE!

Incoming search terms:

  • cara mengisi borang spa
  • cara isi spa
  • cara mengisi spa
  • cara isi spa8
  • cara isi borang spa
  • cara mengisi spa8
  • isi borang spa
  • cara memohon spa
  • cara isi borang spa8
  • cara mengisi borang spa8

{ 3 comments… read them below or add one }

sisti nur najwa binti baderi July 13, 2016 at 7:40 am

pelik ngan spa ni…xpernh pgil…dri umur 18 smpy 24,xpernah panggil. kalau ade jwatan kosong,msti ckap xmemenuhi syarat..pdahal lebih dari yg diminta dh.

Reply

LUTFI October 3, 2016 at 10:20 am

Salam, bagaimana nak reset bagi yang tersalah tekan soalan pernah bekerja di sektor awam..terima kasih

Reply

Nazhim Ishak January 19, 2017 at 12:17 pm

Assalamualaikum. Saya ada masalah untuk dapatkan slip akuan pendaftaran. Semua dah diisi tetapi system tak generate slip akuan pendaftran tu. Saya perlukan slip tu untuk lapor diri ke JPA. Terima kasih.

Reply

Leave a Comment