best cpc cpm ppc ad network


logoheader2

(Panduan) Cara Mengisi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Dengan Betul

SHARE!

[su_row][su_column size=”2/3″]

Daftar Kerja Kerajaan

Seperti yang kita ketahui, untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i).

Bagi calon yang belum memiliki akaun SPA, calon hendaklah mendaftar terlebih dahulu, sila semak cara-cara pertama kali mendaftar dengan SPA. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja.

Langkah 1 – Log Masuk Akaun


1. Login/Log masuk ke akaun anda. Anda boleh gunakan mana-mana link dibawah untuk login.

2. Pastikan calon masukkan MyID dan Kata Laluan dengan betul.

Langkah 2 – Maklumat Pemohon

1. Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan skrin berikut akan dipaparkan dengan maklumat-maklumat tertentu telah dimasukkan secara automatik mengikut maklumat yang dimasukkan semasa pemohon melakukan proses Daftar Akaun Baru.
2. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
3. Untuk makluman, Ketinggian adalah maklumat pilihan. Namun begitu terdapat beberapa jawatan yang memerlukan pemohon memasukkan maklumat Ketinggian.
4. Klik butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi.

Langkah 3 – Maklumat Akademik

1. Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

2. Isikan segala maklumat akademik calon seperti yang diminta

  • PMR/SRP/LCE
  • SPM/MCE/SPM(V)
  • Peperiksaan Tambahan
  • STPM/STP/HSC
  • STAM
  • Pengajian Tinggi
  • Professional/Iktisas – Ruangan ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang memiliki sijil daripada badan-badan profesional dan iktisas yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

3. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Langkah 4 – Maklumat Ko-Kurikulum

1. Klik pada pautan Sukan / Persatuan dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:

2. Sila pilih sukan yang disertai pada ruangan Sukan dan pilih juga peringkat penyertaan pada ruangan Peringkat.
3. Sila isikan Nama Persatuan / Kepimpinan yang disertai pada ruangan Nama Persatuan dan pilih jawatan yang disandang serta peringkat penyertaan pada ruangan Jawatan dan Peringkat.
4. Klik butang “+ Tambah” jika ingin menambah aktiviti sukan atau persatuan.
5. Tekan butang SIMPAN setelah maklumat sukan dan persatuan lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat sukan dan persatuan yang telah dimasukkan.

Langkah 5 – Pegawai Sedang Berkhidmat

1. Menu ini akan dipaparkan jika pemohon memilih “YA” pada soalan “Adakah anda sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam / Kerajaan Tempatan / Badan Berkanun / Polis?”. Soalan tersebut terdapat pada skrin Maklumat Pemohon.
• Pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A) dan Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) hendaklah dibawa semasa temuduga.

2. Klik pada menu Pegawai Sedang Berkhidmat, sub-menu “Pengalaman Bekerja di Sektor Awam” dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan:

3. Pemohon perlu mengisi semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).
4. Jika pemohon menduduki lebih daripada satu (1) Peperiksaan KPSL, tekan butang “+ Tambah” untuk menambah ruang yang berkenaan.
5. Tekan butang SIMPAN setelah semua maklumat lengkap diisi atau tekan butang BATAL untuk mengosongkan maklumat yang telah dimasukkan.

Langkah 6 – Maklumat Tambahan

1. Klik pada pautan Maklumat Tambahan. Skrin seperti berikut akan dipaparkan:

  • Bakat / Kebolehan Bahasa – Ruang Bakat hanya diisi oleh pemohon yang memohon jawatan di bawah klasifikasi perkhidmatan Bakat dan Seni.
  • Bekas Tentera / Polis – Ruang ini hanya perlu diisi oleh pemohon yang terdiri daripada bekas tentera atau bekas polis.
  • Penerima Bantuan / Kurang Upaya – Ruang Penerima Bantuan hanya perlu diisi sekiranya ibu / bapa / pemohon menerima bantuan Program Kesejahteraan Rakyat / Bantuan Kebajikan Masyarakat / Program Perumahan Rakyat. Ruang Kurang Upaya pula adalah untuk diisi oleh pemohon yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja.
  • Tiada Maklumat Tambahan – Klik butang “Tiada Maklumat Tambahan” jika pemohon tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan.

Langkah 7 – Jawatan Dipohon

1. Klik pada menu JAWATAN DIPOHON, sub-menu “Jawatan SPA” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” seperti berikut akan dipaparkan:
2. Dimaklumkan bahawa jawatan yang boleh dimohon bergantung kepada Maklumat Akademik pemohon. Oleh itu, sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
3. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.
4. Jika ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang Jawatan Yang Dipohon dan tekan butang <<.
5. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan.
6. Tandakan juga Sesi Temuduga Pilihan.
7. Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
8. Klik pada sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN” untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Polis Di Raja Malaysia atau Agensi-agensi Kerajaan yang lain.
9. Tekan butang SIMPAN untuk menyimpan maklumat yang telah diisi atau tekan butang BATAL untuk membatalkan maklumat yang telah dimasukkan.
10. Pemohon hanya boleh memohon 15 jawatan sahaja dalam satu-satu masa.
11. Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.

Langkah 8 – Pengakuan Pemohon

1. Klik pada pautan Pengakuan Pemohon dan skrin seperti berikut akan dipaparkan:
2. Sila pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
3. Sila klik pada petak Saya setuju dan tanda √ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
4. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Kecuaian pemohon meninggalkan langkah menekan butang HANTAR akan menyebabkan permohonan pemohon tidak akan diproses.
5. Slip Akuan Pendaftaran seperti rajah di bawah akan dipaparkan untuk memaklumkan bahawa pemohon telah berjaya mendaftar.

6. Pemohon boleh mencetak Slip Akuan Pendaftaran sebagai rujukan.

Langkah 9 – Semakan Permohonan

1. Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

2. Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon. Skrin ini akan memaparkan
senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
3. Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.
4. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan. Antaranya adalah kredit dalam matapelajaran tertentu. Dalam perkara ini, SPA Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Panduan Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) 33 menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
5. Pemohon boleh mengemaskini SPA8i dan menyemak status permohonan pada bila-bila masa seperti maklumat temuduga dan peperiksaan dimana sistem ini dijana secara automatik dalam tempoh 24 jam.

*Selamat memohon dan semoga berjaya diucapkan kepada semua calon dan pemohon. Diharap panduan ini dapat membantu anda dalam mengisi borang SPA8

**Kongsikan Panduan Mengisi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Dengan Betul ke kepada rakan Facebook anda. Semoga ianya bermanfaat untuk semua.


[/su_column][su_column size=”1/3″]
spa
Baca Juga:
1. Panduan Mengisi Borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Dengan Betul

2. Info SPA 2015: Calon Dikehendaki Kemaskini Borang Permohonan Sebelum 30 November 2015

[/su_column]
[/su_row]

SHARE!

Incoming search terms:

  • cara mengisi borang spa
  • cara isi spa8
  • cara isi spa
  • cara mengisi spa
  • cara isi borang spa
  • cara mengisi spa8
  • cara isi borang spa8
  • isi borang spa
  • cara mengisi borang spa8
  • Borang spa

{ 11 comments… read them below or add one }

NORAZLIN BT ALU November 24, 2015 at 4:55 am

jawatan kosong yg saya ingin memohon

Reply

nor diana January 3, 2016 at 2:03 am

sya nk memohon jawatan ini tetapi sya telah daftar spa punya dah lama ,,skarg nk masuk balik dah lupa kata laluan ,,bila cuba akaun yang baru dy minta nama ibu dgn kata laluan baru ,,sya buat bila hntar sistem cakap slah ,,mcm mna yer

Reply

zulhafiz May 14, 2016 at 10:41 am

etak yg hadapan sajaa binti tak perlu , saya pun dah tunggu lamaa tapi tak ada maklumat balas dari spa …..

Reply

ANIS July 11, 2016 at 10:50 am

kenapa saya letak nama mak saya tak boleh??

Reply

MOHAMMAD HADRI BIN SUHAIMI February 21, 2016 at 7:23 pm

lama betul tunggu spa nih…

Reply

Ebook Kerjaya April 14, 2016 at 4:47 am

Nak isi borang pun kena belajar. 🙂

Masa isi borang SPA8i kena isi betul-betul, kalau tidak tak kunjung tibalah panggilan temuduga ataupun peperiksaan online.

Reply

tiffany April 16, 2016 at 8:22 am

saya suda berkali2xx isi borang spa8i, apabila saya klik jawatan yang dipohon maca part ‘langkah 7’ jawatan yang saya pilih suda menyatakan maklumat sudah dikemaskini namun jaawatan terbabit tidak tertera dekat Slip Perakuan Pendaftaran Permohonan..so?

Reply

mohd arizan bin emmanuel April 19, 2016 at 12:29 am

saya ingin bertanya kenapa masa saya mengisi jawatan kosong pada bahagian diploma dan spm sistem spa mengosomgkan maklumat status kemaskinii.apa sebenarnya massalah sistem tersebut?

Reply

TASNI May 11, 2016 at 1:33 pm

ASSALAMUALAIKUM , SAYA NAK TNYA KENAPA YG SYA PUNYA TKLEH NK ISI DKAT LATIHAN SEPARA ? YG KLUAR HANYALAH UNTUK PMR/SRP SAHAJA .

Reply

ROZILA BINTI ABDULLAH May 18, 2016 at 10:06 am

Assalamualaikum…
Saya dah isi SPA tapi tak dapat…
Orang lain senang je dapat kerja..
Macam mana nak isi SPA dengan betul dan mudah dapat kerja..?

Reply

ANIS July 11, 2016 at 10:25 am

kata laluan saya dh letak full name my mom.. kenapa tak boleh??

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }