best cpc cpm ppc ad network


logoheader2

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) – Ogos

SHARE!

Company: Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP)
Application deadline: 27 Ogos 2015
Location: Pahang

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 dan diwartakan di dalam warta kerajaan No. 11 tahun 1973 pada 4 Oktober 1973.Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan operasinya untuk masyarakat di bangunan Rumah Rehat lama di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976. Pada tahun 1985, berpindah ke Bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Jalan Gambut dan telah dirasmikan pada 28 Oktober 1987 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Mu’adzam Shah.Perpustakaan kini memberikan perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, rekreasi serta ICT.

Sukacita dimaklumkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) mempelawa warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan terkini sebagai:

Jawatan Kosong Terkini

1. Pustakawan S41
2. Penolong Pustakawan S27 (2 kekosongan)
3. Pembantu Perpustakaan S17
4. Penjaga Jentera Elektrik J17

Jawatan 1
Gaji: RM1,909.00 – RM8,644.00

Jawatan 2
Gaji: RM1362.00 – RM5,092.00

Jawatan 3
Gaji: RM928.00 – RM3,375.00

Jawatan 4
Gaji: RM953.00 – RM3,490.00

Muat turun syarat kelayakan penuh setiap jawatan disini ➡ Iklan Jawatan

CARA MEMOHON

.
1. Borang permohonan jawatan boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dengan dikenakan bayaran RM3.00

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara atau dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-

(i) Gambar berukuran pasport;
(ii) Salinan Sijil Kelahiran;
(iii) Salinan Kad Pengenalan;
(iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
(v) Salinan Sijil Peperiksaan; dan
(vi) Lain-lain sijil yang berkaitan, jika ada

3. Borang permohonan dan dokumen-dokumen tadi hendaklah dialamatkan kepada:

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Gambut
25000 Kuantan
Pahang

SHARE!

Incoming search terms:

  • kerja kosong pustakawan
  • daftar borang online pembantu perpustakaan
  • isi borang pustakawan temerloh
  • jawatan kosong di perpustakaan awam johor
  • jawatan kosong terkini di kuantan
  • pembantu pustakawan s41
  • kekosongan pembantu operasi perpustakaan johor
  • jawatan kosong pustakawan di perbadanan perpustakaan awam
  • kerja di perpustakaan kuantan
  • jawatan kosong pustakawan di kuantan

{ 2 comments… read them below or add one }

Faezah October 29, 2015 at 6:04 am

Berminat , tapi nak ambik macam mana borang daerah maran, sebab tarikh dah tamat , ada tak pemohonan sistem online

Reply

premila devan April 30, 2016 at 2:27 am

untuk pembantu perpustakaan s17 jawatan kosong

masih ada atau sudah diisi?

saya tahu tarikh sudah lama tutup oct 29 2015

saya tanya sahaja

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }