Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS)
Jobs Overview
- Taraf Tetap/ Kontrak
- Gaji RM1,360.00 - RM4,052.00
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup November 05, 2024
- Lokasi penempatan Pelbagai Negeri
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sebagaimana berikut.1. Pembantu Penguat Kuasa KP19
Tarikh tutup permohonan 05 November 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : DVS Semenanjung Malaysia.
Sektor : Badan Berkanun
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,360.00 - RM4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
(iv) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
d. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
- tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
- berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
- diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perkara 2(c)(i), 2(c)(iii) dan 2(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 05 November 2024 (Selasa), jam 11.59 malam.
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online disini
Post a Comment