All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia

Jawatan Kosong Terkini JPNIN Januari 2025

Guru Tabika Perpaduan Gred S5

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Jobs Overview

  • Taraf kontrak
  • Gaji RM1,650 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup Januari 05, 2025
  • Lokasi penempatan Kedah

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sebagaimana berikut.

1. Guru Tabika Perpaduan Gred S5

Tarikh tutup permohonan 05 Januari 2025 (Ahad).
Lokasi penempatan : JPNIN Negeri Kedah
Sektor : Badan Berkanun

Jawatan : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
(Guru Tabika Perpaduan)
Gred Jawatan : S5
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak
Bilangan Kekosongan : Enam (6)
Tempat Kekosongan : Sekitar Negeri Kedah
Jadual Gaji : P1 RM1,650.00 – RM6,620.00

Imbuhan

Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM160
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300
Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM300/RM200 bergantung kepada kawasan

Syarat Lantikan

Calon-calon hendaklah memenuhi syarat seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

2. Mempunyai Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan: RM1,893.00).

3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

1. Melaksanakan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) setiap hari mengikut kurikulum yang ditetapkan.

2. Merancang PdP yang boleh mewujudkan dan meransang minat untuk meneroka sesuatu yang baru serta meningkatkan motivasi supaya bersedia untuk belajar.

3. Membimbing murid semasa menjalankan aktiviti harian di tabika supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.

4. Melaksanakan penilaian berterusan berkaitan perkembangan murid serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

5. Melaksanakan tugas pentadbiran dan pengurusan di Tabika.

Cara Memohon

1. Permohonan hendaklah dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah berserta gambar berukuran passport (tidak akan dikembalikan)

2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 18, Peraturan –peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.

3. Borang permohonan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen sokongan yang berikut dan DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan yang menjawat jawatan Kumpulan ‘A’/Gred 9 ke atas/Penghulu/Ketua Kampung:

i. Salinan Kad Pengenalan
ii. Salinan Sijil Kelahiran/ Surat Beranak
iii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
iv. Salinan Sijil Akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
v. Salinan Diploma berserta Transkrip
vi. Salinan Sijil Digital Vaksin COVID-19

4. Borang permohonan berserta dokumen sokongan yang telah disahkan perlu dikemukakan secara pos atau secara serahan tangan ke alamat seperti berikut:

Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah
Aras 3, Zon B, Wisma Persekutuan
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Bandar Muadzam Shah
06550 ALOR SETAR, KEDAH

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada talian : 04-7310615

Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 Januari 2025 (Ahad).

Perhatian

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK :

i. TIDAK lengkap / TIDAK jelas;
ii. TIDAK memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
iii. TIDAK disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan;
iv. TIDAK menandatangani borang permohonan;
v. TIDAK mengikut Peraturan 18 Bab ‘A’ P.U.(A)/2012 bagi calon yang sedang berkhidmat.

2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya

3. Segala perbelanjaan menghadiri temu duga adalah tanggungan sendiri dan jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.

Muat turun

Muat turun borang permohonan jawatan disini

Post a Comment