Jawatan Kosong Perbadanan Labuan (PL) 2024
Jobs Overview
- Taraf Kontrak Interim
- Gaji RM1,400.00 - RM4,500.00
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup November 29, 2024
- Lokasi penempatan Labuan
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Labuan (PL) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup permohonan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak Interim di Pelabuhan Labuan (PL) sebagaimana berikut.Bil. | Jawatan dan Gred | Taraf | Iklan dan Syarat | Borang | Tarikh Tutup |
---|---|---|---|---|---|
1. | Pembantu Khidmat Am H1 | Kontrak Interim | Muat turun | Muat turun | 29 Nov 2024 |
2. | Penolong Pegawai Pertanian G5 | Kontrak Interim | Muat turun | Muat turun | |
3. | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA5 | Kontrak Interim | Muat turun | Muat turun | 22 Nov 2024 |
Tarikh tutup permohonan sehingga 29 November 2024.
Lokasi penempatan : Labuan.
Sektor : Badan Berkanun
i. Borang Permohonan dan maklumat Jawatan kosong boleh didapati melalui pautan yang diberikan di atas.
ii. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan seperti berikut:
a. Sekeping gambar (ukuran passport) terkini;
b. Salinan kad pengenalan terkini ;
c. Salinan Sijil lahir pemohon dan Ibubapa;
d. Salinan Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik; (SPM/ DIPLOMA)
e. Salinan Sijil berhenti sekolah;
f. Salinan Sijil Digital Lengkap Vaksinasi Covid-19 dan
g. Salinan Sijil kegiatan luar dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(semua salinan dokumen yang dinyatakan di atas perlu disahkan dari salinan asal oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas atau pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pendidikan untuk sijil-sijil berkaitan)
iii. Pemohon hendaklah bebas daripada apa-apa rekod jenayah, tidak menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya serta tiada masalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan prestasi kerja;
iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap seperti yang dinyatakan di para (ii) dan (iii) di atas atau tidak mengikut syarat-syarat tersebut akan ditolak; dan
v. Pihak Perbadanan Labuan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temu duga dan penghantaran borang permohonan jawatan.
Permohonan hendaklah sampai kepada :
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN LABUAN
WISMA PERBADANAN LABUAN
TINGKAT BAWAH BLOK A
PETI SURAT 81245
87022 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
(U.P: JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)
Permohonan hendaklah sampai selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 November 2024.
Catatan Am
1. Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput hadir ke sesi temu duga.
2. Sekiranya pemohon yang tidak menerima panggilan untuk sesi temuduga selepas enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan mereka adalah tidak berjaya.
3. Sekiranya pemohon yang dijemput hadir temuduga tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh temuduga diadakan, permohonan mereka adalah tidak berjaya.
4. Perbadanan Labuan boleh melanjutkan tempoh validasi borang permohonan sehingga tempoh yang ditetapkan.
Post a Comment