Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM6,070.00 - RM13,138.00
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup November 28, 2024
- Lokasi penempatan Kelantan
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2024. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Peminjaman/ Kontrak di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sebagaimana berikut.1. Ketua Pustakawan Gred S54/ S14
Tarikh tutup permohonan 28 November 2024 (Khamis).
Lokasi penempatan : UMK Kelantan
Sektor : Badan Berkanun
Calon yang berminat untuk mengisi jawatan ini perlu mengemukakan permohonan rasmi beserta dokumen di bawah:
a) ‘Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport. CV hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut;
• Latar belakang diri termasuk e-mel, alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.
• Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan dokumen yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.
• Dua (2) nama penyokong sebagai rujukan (referee).
b) Key Performance Indicator (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Ketua Pustakawan di UMK berikut;
• Misi dan Visi sebagai Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Kelantan.
• Cadangan/ Key Performance Indicator (KPI) sekiranya dilantik sebagai Ketua Pustakawan Universiti Malaysia Kelantan.
• Pencapaian semasa yang signifikan dan memberi impak kepada organisasi dan masyarakat (sekiranya calon adalah penyandang semasa, sila kemukakan pencapaian KPI sepanjang tempoh pelantikan)
c) Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan (secara hardcopy dan softcopy) seperti berikut:
Dokumen hardcopy : PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
16300 BACHOK
KELANTAN DARUL NAIM
(No. telefon : 09-7797663)
Dokumen softcopy : eruwan.ah@umk.edu.my
d) Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 November 2024 (Khamis).
e) Calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sahaja akan disaring untuk disenarai pendek/ dipanggil temu duga.
Muat turun
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Post a Comment