Jawatan Kosong MIROS 2024
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,700 - RM4,500
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup Disember 11, 2024
- Lokasi penempatan Selangor
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagaimana berikut.1. Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred Q41)
2. Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred N29) A
3. Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred N29) B
4. Pembantu Khidmat Am Gred H1
Tarikh tutup permohonan 11 Disember 2024 (Rabu).
Lokasi penempatan : MIROS Selangor.
Sektor : Badan Berkanun
Cara Memohon
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
(d) Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
(e) Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) / (MQR) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 Disember 2024 (Rabu) jam 1:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.
Iklan dan borang permohonan
Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Post a Comment