Jawatan Kosong UiTM Sarawak Disember 2024
Pegawai Eksekutif N5
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,650 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 23, 2024
- Lokasi penempatan Sarawak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak sebagaimana berikut.1. Pegawai Eksekutif N5
Tarikh tutup permohonan 23 Disember 2024 (Isnin).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Sarawak.
Sektor : Badan Berkanun
Perhatian Kepada Pemohon
1. Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan,
2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
a) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
b) Sijil Tamat Persekolahan
c) Sijil SRP/PMR/PT3, MCE/SPM, HSC/STPM atau setaraf
d) Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci) jika berkaitan
e) Sijil Pos Basik (jawatan Jururawat sahaja)
f) Semakan Pengiktirafan Kelayakan Akademik dari MQA
g) Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman/kerja/penetapan gaji
h) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
3. Nama Jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
4. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/separa Kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
5. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Cara Memohon
1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2006) yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 DISEMBER 2024 (ISNIN).
3. Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO.TEL: 082-677 200/677 000
Muat turun
Muat turun iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Post a Comment