Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Eksekutif Jualan (EJ)
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Jobs Overview
- Taraf Kontrak
- Gaji RM1,700
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup December 17, 2024
- Lokasi penempatan Perak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) cawangan Teluk Intan Perak sebagaimana berikut.1. Eksekutif Jualan (EJ)
Tarikh tutup permohonan 17 Disember 2024 (Selasa).
Lokasi penempatan : PPN Perak.
Sektor : Badan Berkanun
Jawatan : Eksekutif Jualan (EJ)
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji : RM1,700.00 sebulan
Insentif : Komisen Berdasarkan Prestasi
Penempatan : Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Perak, Cawangan Teluk Intan.
Syarat Lantikan
Calon yang berminat hendakiah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup permohonan;
(c) Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurang- kurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.
(d) Keutamaan diberi kepada calon :
- Berkelulusan dan berpengalaman dalam bidang pemasaran;
- Perwatakan menarik;
- Berkebolehan berkomunikasi dengan baik;
- Boleh bertutur dalam pelbagai bahasa;
- Mempunyai kemahiran berunding dan memujuk;
- Berkebolehan menganalisis dengan baik;
- Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri (keutamaan diberi kepada yang mempunyai kereta);
- Sanggup bekerja mengikut shift dan bekerja pada hujung minggu serta kerja lebih masa selepas waktu pejabat ; dan
- Keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Peperiksaan Asas Takaful atau Takaful Basic Examination (TBE) (keputusan LULUS)
Calon yang dilantik adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan Eksekutif Jualan dan Eksekutif Operasi yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
1. Calon diminta untuk mengemukakan resume terkini ke kaunter PPN Perak sebelum atau pada tarikh 17 Disember 2024. Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungi melalui e-mel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan dokumen sokongan. Sila pastikan alamat e-mel masih aktif dan boleh digunakan.
2. Permohonan yang DITOLAK
Permohonan yang berikut akan ditolak :
i. Tidak memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan; atau
ii. Maklumat yang dinyatakan tidak lengkap atau meragukan.
Catatan Am
i. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan tiga (3) bulan selepas daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab sendiri.
ii. Hanya calon yang berjaya dalam urusan temu duga akan dihubungi. Sila pastikan nombor telefon dan e-mel masih aktif serta boleh digunakan.
Post a Comment