Jawatan Kosong JPJ Januari 2025
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,700 - RM11,110
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 09, 2025
- Lokasi penempatan Seluruh Malaysia
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak Secara Interim di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) sebagaimana berikut.1. Jurutera (Kejuruteraan Automotif) Gred J9
2. Penolong Jurutera (Kejuruteraan Automotif) Gred J5
Tarikh tutup permohonan 9 Januari 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : Pelbagai Negeri
Sektor : Badan Berkanun
1. Jawatan : Jurutera Gred J9 (Kejuruteraan Automotif)
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM2,690 - RM11,110
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
(ii) berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).
Keperluan Bidang
(a) Kejuruteraan Mekanikal;
(b) Kejuruteraan Mekanikal (Automotif);
(c) Kejuruteraan Mekanikal (Automotif dan Disel); atau
(d) Automotif
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2. Jawatan : Penolong Jurutera Gred J5 (Kejuruteraan Automotif)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,731 - RM6,620
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
(ii) Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
Keperluan Bidang
(a) Kejuruteraan Mekanikal;
(b) Kejuruteraan Mekanikal (Automotif);
(c) Kejuruteraan Mekanikal (Automotif dan Disel); atau
(d) Automotif
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 9 Januari 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
Post a Comment