Jawatan Kosong UiTM Perak 2025
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM1,500 - RM22,040
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 13, 2025
- Lokasi penempatan Perak
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak sebagaimana berikut.1. Pensyarah Universiti DS11/13/14/VK7
2. Pembantu Keselamatan KP1
Tarikh tutup permohonan 13 Januari 2025 (Isnin).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Perak
Sektor : Badan Berkanun
Perhatian Kepada Pemohon
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
- Kad Pengenalan
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
a. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
5. Nama bidang dan jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan. Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan SAHAJA
6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
8. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.
Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar atau boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 JANUARI 2025 (ISNIN).
Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2000
Pautan
Muat turun iklan dan syarat kelayakan disini
Muat turun borang permohonan Jawatan Akademik disini
Muat turun borang permohonan Jawatan Pentadbiran disini
Post a Comment