Jawatan Kosong UiTM Pulau Pinang 2025
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Jobs Overview
- Taraf Tetap
- Gaji RM 1,974 - RM 22,040
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 08, 2025
- Lokasi penempatan Pulau Pinang
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2025. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di UiTM Cawangan Pulau Pinang / Cawangan Lain sebagaimana berikut.1. Pensyarah UiTM DS11/13/14/VK7
2. Penolong Pegawai Perubatan U5
Tarikh tutup permohonan 08 Januari 2025 (Rabu).
Lokasi penempatan : UiTM Cawangan Pulau Pinang/ Cawangan Lain
Sektor : Badan Berkanun
Perhatian Kepada Pemohon
1. Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
2. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
- Kad Pengenalan
- Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
- Salinan Sijil Pengiktirafan kelayakan bagi Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/ separa kerajaan yang sedang berkhidmat)Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturut-turut (penjawat awam)
4. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
5. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
6. Pemohon–pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang.
Cara Memohon
(a) Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
(b) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan UiTM yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
(c) Tarikh tutup permohonan adalah pada 08 JANUARI 2025 (RABU).
(d) Sila kemukakan permohonan kepada :
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PULAU PINANG
KAMPUS PERMATANG PAUH
13500 PERMATANG PAUH
PULAU PINANG
NO. TEL: (04) 382 2888/ 2899/ 3030
Pautan
Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan disini
Post a Comment