All Labels
  • All Labels
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Melaka
  • Negeri Sembilan
  • Pahang
  • Pelbagai Negeri
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Putrajaya
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Seluruh Malaysia
  • Terengganu

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

Jobs Overview

  • Taraf Tetap / Kontrak
  • Gaji RM1,500 - RM6,620
  • Dikemaskini pada
  • Tarikh tutup January 16, 2025
  • Lokasi penempatan Selangor

Jobs Detail

Jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada rakyat DYMM Sultan Selangor serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap / Kontrak di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sebagaimana berikut.

1. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S5
2. Pembantu Setiausaha Pejabat N1
3. Pembantu Khidmat Am H1

Tarikh tutup permohonan 16 Januari 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : MPKS Selangor.
Sektor : Badan Berkanun

Perhatian Kepada Pemohon

1. Calon-calon yang berminat serta berkelayakan hendaklah membuat permohonan jawatan secara online laman Permohonan Jawatan Kosong MPKS (sila kepautan yang diberikan di bawah).

a) Semua permohonan hendaklah disertakan dan memuat naik (upload) atas talian :

i. Resume;
ii. Salinan akademik (SPM/ SVM/ STPM/ DIPLOMA/ TRANSKRIP/MQA);
iii. Salinan Sijil Tamat Persekolahan (RENDAH & MENENGAH);
iv. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon, Ibu dan Bapa);
v. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon;
vi. Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa;
vii. Salinan Lesen Memandu;
viii. Gambar Berukuran Pasport.
[Pastikan perkara ii hingga vii adalah salinan yang telah disahkan daripada salinan asal ]

b) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT) terkini; DAN

c) Permohonan yang tidak diisi dengan lengkap akan DITOLAK.

Perhatian

a) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga;

b) Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh berikut;

i) Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
ii) Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga).

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak Urus setia melalui telefon atau melalui 03-32891439 (Bahagian Sumber Manusia)

Pautan

Iklan, syarat kelayakan dan borang permohonan jawatan secara online disini

Post a Comment