Jawatan Kosong Terkini SPRM Januari 2025
Penolong Pegawai Siasatan Gred P5
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Jobs Overview
- Taraf Tetap / Kontrak
- Gaji RM1,980 - RM6,620
- Dikemaskini pada
- Tarikh tutup January 02, 2025
- Lokasi penempatan Seluruh Malaysia
Jobs Detail
Jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2025. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana berikut.1. Penolong Pegawai Siasatan Gred P5
Kekosongan : 100 Simpanan : 75
Tarikh tutup permohonan 02 Januari 2025 (Khamis).
Lokasi penempatan : Seluruh Malaysia
Sektor : Kerajaan
Jawatan : Penolong Pegawai Siasatan Gred P5
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana / Pengurusan Dan Profesional
Jadual Gaji Min - Maks : RM1,980 - RM6,620
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145
Syarat Kelayakan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. (i) Diploma dalam bidang Undang-Undang, Pengajian Perniagaan atau bidang berkaitan atau Diploma Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
(Gaji permulaan ialah pada Gred P5: RM1,980.00); atau
(ii) Diploma Kejuruteraan, Diploma Ukur Bahan atau Diploma Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
(Gaji permulaan ialah pada Gred P5: RM2,052.00).
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab menjalankan fungsi dalam aspek siasatan, aspek pendidikan masyarakat, aspek pemeriksaan dan perundingan, aspek perundangan dan pendakwaan, aspek penyelidikan dan perancangan, aspek latihan dan aspek keselamatan.
Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9), sila klik pada pautan yang diberikan di bawah. Calon yang telah mendaftar permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan. Walaubagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temuduga terdekat dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan ini adalah sebelum atau pada 02 Januari 2025 (Khamis), jam 11.59 malam.
Permohonan serta kemaskini jawatan secara online di SPA9 disini
Post a Comment